jomsukasuki
Saturday, 20 July 2013
Fakta: Barack Obama
Barack Obama atau nama sebenarnya adalah Barack Hussien Obama dilahirkan pada 1961 di Hawaii. Bapanya merupakan seorang muslim berasal dari Kenya dan ibunya wanita berkulit putih dari Amerika Syarikat. Namanya membawa maksud 'seseorang yang dirahmati' dan menariknya Barack Obama pernah mencuba menghisap ganja selain merupakan perokok. Belia juga gemar bermain poker dan seseorang yang kidal.
Politik: Golongan Belia
Golongan belia pada masa kini memainkan peranan yang sangat penting semasa proses pilihan raya umum berlansung. Pada Pilihan Raya Umum ke-12( PRU-12) yang lalu kekalahan banyak kerusi oleh BN terutama di kawasan bandar banyak didorong oleh sokongan pengundi belia kepada Pakatan Rakyat (PR) ditambah pula wujud krisis dalaman Barisan Nasional yang menyaksikan ramai ahli parti gabungan tersebut terutama ahli UMNO yang bertindak mengundi Pakatan Rakyat. Perkara ini didorong oleh rasa tidak puas hati ahli UMNO khususnya disebabkan sikap pemimpin tertinggi memberi peluang kepada calon muka baru untuk bertanding.
Pengaruh pengundi belia ini semakin hebat semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) apabila Pakatan Rakyat telah berjaya menambah bilangan kerusi parlimen kepada 89 berbanding PRU-12 sebanyak 82. Jika dilihat,sokongan pengundi belia ini banyak terarah di kawasan bandar di mana pemikiran pengundi belia bandar adalah berbeza dengan pengundi belia di kawasan luar bandar. Perkara ini banyak didorong oleh perkhidmatan jalur lebar yang lebih baik di kawasan bandar. Semenjak PRU-12, Pakatan Rakyat menggunakan media sosial dan media alternatif bagi menarik lebih ramai sokongan pengundi belia dan ini yang menjadikan sokongan golongan tersebut lebih terarah kepada Pakatan Rakyat.
Barisan Nasional walaupun dilihat cuba melakukan transformasi bagi menarik sokongan belia melalui media sosial, namun langkah yang diambil masih tidak cukup untuk menarik sokongan golongan tersebut. Secara umumnya, pengundi belia mahukan perubahan dalam ekonomi negara terutama membaitkan isu pekerjaan, penurunan harga barang dan petrol, pemilikan rumah, perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik dan isu keselamatan.
Bagi Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan berlansung beberapa tahun yang akan datang, pengaruh pengundi belia ini akan mendorong lebih banyak pembaharuan yang dijanjikan oleh BN dan Pakatan Rakyat bagi memastikan sokongan golongan tersebut milik mereka. Kejayaan merebut sokongan mereka yang akan menentukan perubahan lebih besar dalam sistem politik negara apabila PRU-12 dan PRU-13 telah menunjukan Malaysia telah menuju kepada perubahan yang lebih besar dalam arena politik negara.
p/s: Admin menulis berdasarkan tesis yang dibuat semasa belajar di Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS).
Friday, 19 July 2013
Kaedah Angkasawan Mencuci Rambut
Kehidupan seharian yang dilalui oleh angkasawan adalah berbeza dengan setiap manusia biasa yang tinggal di bumi. Misi yang terpaksa dilakukan di International Space Station (ISS) memaksa beberapa langkah penyesuaian diambil bagi memastikan kehidupan angkasawan di ISS tidak terjejas. Ini adalah termasuk cara mencuci rambut yang ditunjukkan oleh seorang angkasawan, Karen Nyberg. Nyberg menunjukkan bagaimana beliau mencuci rambut di ISS menggunakan sedikit air dalam sachet dan syampo. Penggunaan air terpaksa dihadkan memandangkan bekalan tersebut tidak banyak kerana misi setiap angkasawan di ISS memakan masa sehingga berbulan-bulan.
p/s: Setiap masalah ada jalan penyelesaian.
Thursday, 18 July 2013
Ketidakadilan: Pekerja Yang Memiliki Rupa Paras Kurang Menarik Lebih Cenderung Dibuli
Melalui kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat mendapati bahawa pekerja yang tidak memiliki rupa paras yang menarik lebih cenderung untuk dibuli oleh rakan sepejabat. Kajian yang dibuat di kemudahan penjagaan kesihatan Amerika Syarikat yang melibatkan seramai 114 responden mendapati antara bentuk layanan yang diterima adalah rakan sekerja berkelakuan biadap, bercakap sesuatu yang menyakitkan hati dan menjadikan mereka sebagai bahan lawak.
P/S: Perbuatan membuli ada dimana-mana tidak kira di sekolah, tempat kerja, rumah atau persekitaran terdekat. Perkara penting yang dilihat pada sudut psikologi ialah pembuli merasakan perbuatan membuli adalah bagi menunjukkan kekuatan mereka dan mangsa membuli seharusnya mencari ikhtiar bagi mengatasi masalah tersebut.
Wednesday, 17 July 2013
Blog Baru, Ilmu Baru
Blog ini merupakan antara blog baru yang diwujudkan bagi berkongsi segala ilmu, persekitaran semasa, politik, hiburan dan perubahan yang telah berlaku pada persekitaran kita. Diharap blog ini mampu memberi peluang kepada pembaca menambah ilmu dan menyampaikan perkara baru yang berada pada persekitaran.
Subscribe to:
Comments (Atom)


